fbpx
00 Days
00 Hrs
00 Mins
00 Secs
Ended
πŸ‘‰Limited Time Only : Crazy 30% OFF ! π—–π—’π——π—˜: CRAZY30%

Produk

1Adakah produk ini sesuai untuk semua orang?
Ya. Produk kami sesuai untuk semua orang tanpa mengira umur, jantina, jenis kulit, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai masalah kulit atau mempunyai sejarah masalah kulit, sila rujuk doktor anda sebelum membeli produk penjagaan kulit kami. Terima kasih kerana memahami!
2Adakah selamat untuk menggunakan produk penjagaan kulit ini?
Semua bahan adalah selamat untuk digunakan dan diiktiraf oleh kerajaan dan pihak berkuasa Malaysia. Bahan kami adalah berkualiti tinggi dan dibekalkan oleh sumber yang dipercayai dan mempunyai sijil. Walau bagaimanapun, setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza dan jika anda baru pertama kali membeli produk kami, sila uji produk ini pada tangan anda untuk melihat jika ada berlaku reaksi pada kulit. Jika serius, sila hentikan penggunaan produk ini dan rujuk doktor anda atau hubungi kami untuk bantuan seterusnya.
3Adakah anda mempunyai sijil Halal?
Kami dalam proses memohon sijil Halal. Walau bagaimanapun, kilang kami diiktiraf dengan Halal, anda diberi jaminan bahan-bahan yang digunakan adalah Halal dan selamat untuk Muslim.
Bergantung kepada jenis kulit, anda mungkin akan mengalami reaksi yang berbeza seperti yang disenaraikan dibawah. Jika reaksi tersebut berlaku atau semakin teruk, kurangkan rutin dengan segera dan guna serum melembutkan untuk melembutkan kulit anda. Kami yakin produk kami sesuai untuk semua orang. Walaupun begitu, jika anda mempunyai reaksi kulit dan semakin teruk walaupun selepas anda mengurangkan rutin penjagaan kulit, sila hentikan penggunaan produk ini dengan segera dan rujuk doktor anda.

Reaksi Kulit

1 Kegatalan
Biasanya disebabkan kurang kelembapan. Hidratkan kulit anda dengan menggunakan penyegar (toner) sebelum memakai serum anti-jerawat atau guna serum melembutkan kami selepas memakai serum anti-jerawat .
2Berminyak
Jangan guna pencuci muka lebih daripada apa yang disyorkan dan gunakan serum melembutkan. Tambahan lagi, kulit anda mungkin masih menyesuaikan dengan produk ini pada peringkat awal. Keadaan ini akan bertambah baik dengan penggunaan secara kerap.
3Muka Panas
Respon ini biasanya berlaku proses pembaharuan kulit selepas menggunakan serum anti-jerawat. Gunakan serum melembutkan untuk melegakan dan melembutkan kulit anda.
4Keketatan
Selalu disalah anggap sebagai kulit kering tetapi sebenarnya adalah pertumbuhan semula kulit.
5Kulit kemerahan
Disebabkan peningkatan peredaran darah selepas memakai serum anti-jerawat. Gunakan serum melembutkan untuk melegakan dan melembutkan kulit anda.
6Kulit Mengelupas
Disebabkan produk kami menjalankan pengelupasan secara mikro, kulit mati akan menggelupas pada permukaan kulit. Jangan panik! Gunakan serum melembutkan untuk melegakan keadaan ini.
7Lebih Cela
Untuk sesetengah kes yang jarang berlaku, pengguna akan mengalami lebih cela pada peringkat awal rutin. Hal ini kerana tempoh perubahan kulit anda dan terjadinya operasi pembersihan. Sel kulit akan memperbaharui dan menjalankan proses yang seimbang. Sabar dan tunggu beberapa hari. Seterusnya, perhatikan hasilnya mengikut peredaran masa .
Perkara di atas menerangkan berkenaan reaksi kulit dan solusi setelah produk digunakan untuk kes biasa. Jika reaksi masih ada untuk beberapa hari dan semakin serius, sila hentikan penggunaan produk dan rujuk doktor anda.

Mengenai Jerawat

1Simptom
Tanda dan simptom jerawat bergantung kepada tahap keseriusan keadaan anda:
Bintik Putih (liang pori sumbat yang tertutup)
Bintik Hitam (liang pori sumbat yang terbuka)
Benjol lembut kecil berwarna merah (papules)
Jerawat (pustules), papules mengandungi nanah pada hujungnya Ketulan yang menyakitkan, solid dan besar pada permukaan kulit (nodules)
Ketulan yang mengandungi nanah dan menyakitkan pada permukaan kulit (cystic lesions)
2Sebab
Empat faktor utama penyebab jerawat:
- Penghasilan minyak berlebihan
- Folikel rambut yang tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati
- Jangkitan bakteria
- Aktiviti berlebihan oleh hormon (androgens)
Jerawat biasanya muncul pada muka, dahi, dada, atas belakang dan bahagian bahu kerana kawasan tersebut mempunyai banyak kelenjar minyak(sebaceous). Folikel rambut bersambung dengan kelenjar minyak.
Dinding folikel ini mungkin menyebabkan bonjolan dan mengeluarkan bintik putih. Atau plag mungkin terbuka pada permukaan dan menjadi gelap menyebabkan bintik hitam. Bintik hitam mungkin kelihatan seperti kotoran yang tersangkut pada liang pori tetapi sebenarnya tersumbat dengan bakteria dan minyak yang menjadi warna coklat apabila terdedah dengan udara.
Jerawat (pimple) adalah bintik merah di tengahnya berwarna putih yang muncul apabila terdapat folikel rambut yang tersekat menjadi radang atau dijangkiti bakteria. Penyumbatan dan keradangan terjadi pada folikel rambut yang paling dalam menghasilkan risa lendir seperti ketulan pada permukaan kulit anda. Liang pori pada kulit anda yang lain terbuka dengan kelenjar peluh tidak terlibat dengan jerawat.
Dari: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/acne/symptoms-causes/syc-20368047